Cybersecurity-Bagaimana Akaun Anda Dicuri Tanpa Sedar
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 Mei 2026, satu sesi webinar Cybersecurity bertajuk “Bagaimana Akaun Anda Dicuri Tanpa Sedar” telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa. Webinar ini memberi pendedahan tentang pelbagai taktik yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan akses akaun pengguna tanpa disedari, termasuk melalui pautan palsu, e-mel phishing, aplikasi tidak selamat dan kata laluan yang lemah. Peserta turut diberikan panduan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktro (2FA), serta kepentingan berhati-hati ketika berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: